Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Premis Industri Di Pasir Gudang Alami Kebocoran Bahan Kimia

By 36 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syamilah Yusman (Johor)

JOHOR BAHRU, 11 Jun (MalaysiaAktif) –

Satu kejadian kebocoran bahan kimia dilaporkan berlaku di sebuah premis industri di kawasan perindustrian Pasir Gudang, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.59 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dikerah ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah tangki industri berkapasiti 200 liter mengalami kebocoran melibatkan bahan kimia Spent Inorganic Acid (SW206).

“PKO telah menjalankan operasi bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan memantau keadaan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihak kilang telah mengambil tindakan awal dengan memindahkan sisa bahan kimia ke sistem scrubber bagi tujuan pengawalan dan mengurangkan risiko pencemaran.

“Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu dan keadaan berjaya dikawal sepenuhnya pada 12.45 tengah hari,” katanya.

JBPM memaklumkan operasi pemantauan dan kawalan di lokasi masih diteruskan dengan bantuan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat).

-RI

Tinggalkan komen anda