Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Jualan RAHMAH MADANI Dapat Sambutan Menggalakkan

By 11 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)/KPDN Johor

JOHOR BAHRU, 20 Jun (MalaysiaAktif) – Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) merupakan antara inisiatif Kerajaan MADANI yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran tempatan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Datuk Dr Fuziah Salleh, berkata Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) dilaksanakan menerusi pelbagai pendekatan termasuk jualan di premis perniagaan yang mengambil bahagian, jualan di lokasi komuniti serta jualan bergerak yang memberi akses lebih luas kepada penduduk di kawasan luar bandar dan kawasan yang sukar mendapatkan bekalan.

“Sehingga 13 Jun 2026, sebanyak 13,692 siri PJRM telah dilaksanakan di seluruh negara dan untuk negeri Johor, sebanyak 920 siri program telah dianjurkan melibatkan kesemua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan kehadiran melebihi 2.3 juta pengunjung dan merekodkan kira-kira 1.4 juta transaksi,” katanya ketika membuat tinjauan Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) di Pasaraya Econsave Taman Daya, di sini semalam.

Sementara itu, Fuziah turut meninjau pelaksanaan sistem baharu pengagihan minyak masak peket yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) bagi memastikan bekalan barangan kawalan sentiasa mencukupi dan sampai terus kepada pengguna tanpa berlakunya ketirisan dalam rantaian bekalan.

“Bagi memastikan subsidi dinikmati oleh golongan yang layak, pembelian minyak masak paket dilaksanakan dengan kawalan lebih ketat melalui pengesahan aplikasi eCOSS atau penggunaan kad pengenalan.

“Sistem ini bukan sahaja meningkatkan ketelusan pengagihan subsidi malah membantu membendung ketirisan kepada warga asing serta membolehkan pemantauan transaksi secara menyeluruh dari peringkat kilang hingga ke pengguna,” katanya.

Turut hadir, Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo.

-AA-

Tinggalkan komen anda