Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

94 Graduan TVET Negeri Sembilan Terima Hapus Kira Pinjaman Bernilai Hampir RM700,000

By 58 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sharil Alias (Negeri Sembilan)/Media MBNS 

SEREMBAN, 23 Jun (MalaysiAktif) – Seramai 94 graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerima manfaat hapuskira pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh.

Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata manfaat tersebut berjumlah keseluruhan hampir RM700,000 sebagai tanda komitmen kerajaan negeri dalam memperkasakan pendidikan dan latihan kemahiran.

“Kita mahu anak-anak Negeri Sembilan menjadi peneraju kepada pembangunan yang sedang berlaku serta menikmati peluang pekerjaan yang diwujudkan hasil kemasukan pelaburan ke negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Graduasi Kolej Yayasan Negeri Sembilan (KYNS), Majlis Apresiasi Graduan TVET MADANI Negeri Sembilan serta Majlis Pemeteraian Kerjasama Strategik KYNS yang berlangsung di Klana Resort, di sini semalam.

Dalam pada itu beliau berkata, bidang TVET memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri dan menyokong pertumbuhan ekonomi negeri.

-RI

Tinggalkan komen anda