Skip to main content
Berita TempatanSarawak

BBC Bau Jadi Mercu Tanda Baharu Warisan Komuniti

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Felix Harus/Eddie Allan Blanking (Bau)

BAU, 23 Jun (MalaysiaAktif) – Pembukaan Bidayuh Cultural Centre (BCC) Bau menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan daerah ini apabila pusat budaya berkenaan diangkat sebagai mercu tanda baharu.

Kompleks moden tersebut berperanan sebagai pusat sehenti bagi memelihara, mempromosikan dan memperkenalkan warisan budaya masyarakat setempat kepada pelancong.

Ketua masyarakat Bidayuh Bahagian Kuching, Temenggung Atok Derop, 65, berkata kewujudan BCC Bau merupakan impian yang telah lama dinantikan oleh komuniti berkenaan.

“BCC Bau ialah sebuah wadah konkrit yang menjadi lambang agung kepada identiti, pemeliharaan warisan tradisi yang tidak ternilai, serta simbol keutuhan perpaduan yang mengikat erat komuniti ini dari generasi ke generasi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Atok, kompleks tersebut bakal berfungsi sebagai hab budaya sehenti untuk mempamerkan seni, tarian, adat resam dan keunikan sejarah Bidayuh kepada dunia luar.

Beliau berkata perasmian pusat budaya tersebut turut membawa mesej signifikan berteraskan semangat Nik Otin, Nik Asong yang membawa maksud Satu Hati, Satu Jiwa.

“Berbekalkan semangat Nik Otin, Nik Asong ini, kehadiran BCC Bau membuktikan komitmen komuniti dalam mengekalkan sokongan padu kepada kepimpinan Premier Sarawak terutama daripada kaum Bidayuh,” katanya.

BCC Bau katanya dijangka berfungsi sebagai platform pelaksanaan pelbagai program kebudayaan, pendidikan dan kemasyarakatan.

Tambah beliau langkah ini penting bagi memperkukuh jati diri generasi muda serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara warisan mereka.

Kewujudan bangunan baharu ini katanya turut memperkukuh perpaduan masyarakat Bidayuh di daerah ini sekali gus  menyokong usaha negeri ke arah merealisasikan aspirasi Sarawak Maju Makmur 2030 tanpa mengabaikan identiti tempatan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda