Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Peniaga Rugi Lebih RM100,000 Ditipu Penjualan Kereta Dalam Talian

By 10 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun (Mukah)

MUKAH, 26 Jun (MalaysiaAktif) – Seorang peniaga mengalami kerugian sehingga RM109,750 apabila terperdaya dengan tawaran jualan kereta di media sosial.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Mohamad Rizal Alias berkata, mangsa, lelaki tempatan berusia 48 tahun mula melihat iklan jualan kereta jenis Toyota Alphard oleh syarikat yang menggunakan nama ‘Savvy Auto’ di Kuala Lumpur pada harga RM133,000 di Facebook, 9 April lepas.

“Mangsa kemudiannya berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp menggunakan nombor telefon yang diberikan bagi tujuan pembelian kenderaan tersebut.

“Suspek turut menghantar beberapa dokumen kononnya bagi tujuan permohonan pinjaman pembelian kenderaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata mangsa telah membuat sehingga 22 transkaksi bayaran termasuk deposit ke beberapa akaun bank berbeza dalam tempoh 9 April sehingga semalam setelah dimaklumkan sekiranya permohonan pinjamannya telah diluluskan.

Menurutnya, suspek masih menuntut mangsa untuk membuat pembayaran sebanyak RM7,000 bagi penghantaran kereta walaupun telah melakukan transaksi terakhir berjumlah RM11,450 bagi membatalkan pinjaman.

“Mangsa mula berasa curiga apabila kenderaan yang dijanjikan masih belum diterima walaupun pelbagai bayaran telah dibuat. Mangsa akhirnya menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan dan tampil membuat laporan polis semalam,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

-FN

Tinggalkan komen anda