Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Johor Rekod Pembiayaan Tekun Ketiga Tertinggi di Negara

By 1 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syamilah Yusman (Johor)/Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

JOHOR BAHRU, 26 Jun (MalaysiaAktif) – Johor merekodkan jumlah pembiayaan ketiga tertinggi disalurkan oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mei lalu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong berkata dalam tempoh tersebut, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM52 juta kepada 2,400 usahawan di Johor.

Katanya, daripada jumlah itu, 64 peratus penerima pembiayaan merupakan usahawan wanita.

“Majoriti penerima pembiayaan terdiri daripada usahawan mikro dan komuniti yang menjadi antara tunjang ekonomi rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Usahawan TEKUN Johor yang dihadiri kira-kira 400 usahawan, di sini, kelmarin.

Beliau berkata Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyediakan ekosistem sokongan keusahawanan yang komprehensif meliputi pembiayaan, latihan dan pembangunan kapasiti bagi membantu usahawan mengembangkan perniagaan.

Menurutnya, pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka membuka lebih banyak peluang kepada syarikat tempatan untuk berkembang.

“Pembangunan JS-SEZ bukan sahaja akan menarik lebih banyak pelaburan, malah mewujudkan peluang baharu kepada usahawan tempatan untuk memperluaskan pasaran dan meningkatkan daya saing,” katanya.

-FN

Tinggalkan komen anda