Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Polis tahan Empat lelaki, Serbu Aktiviti Sabung Ayam Di Mukah

By 19 seconds yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun (Mukah)/IPD Mukah

MUKAH, 29 Jun (MalaysiaAktif) – Polis menahan empat lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti sabung ayam dalam satu serbuan di kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Bayan Ulu, Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, dalam serbuan 2 petang itu, beberapa individu bertindak melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa namun tindakan pantas anggota polis berjaya menahan empat daripada mereka untuk siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek yang ditahan itu berusia antara 30 hingga 48 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Muhamad Rizal polis turut merampas tiga ekor ayam hidup, seekor ayam mati, dua bilah taji, satu unit alat penimbang, beberapa peralatan perjudian dan tunai RM55 yang dipercayai digunakan dalam aktiviti berkenaan,” katanya.

Kesemua suspek katanya dibawa ke IPD Mukah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 73(1)(g) Ordinan Veterinar Kesihatan Awam 1999.

Semakan mendapati seorang daripada mereka mempunyai kesalahan lampau, katanya.

“Orang ramai digesa menyalurkan maklumat mengenai aktiviti perjudian haram di kawasan masing-masing dan dinasihatkan agar tidak terlibat dengan kegiatan tersebut bagi mengelakkan tindakan undang-undang serta rantaian masalah sosial,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda