Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Belia Digesa Kuasai Kemahiran Digital Rebut Peluang Ekonomi

By 3 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Budin Gumbang/Daniel Jong (Kapit)

KAPIT, 30 Jun (MalaysiaAktif) – Golongan belia diseru melengkapkan diri dengan kemahiran digital yang berpotensi tinggi serta mengamalkan sikap pembelajaran sepanjang hayat bagi merebut peluang ekonomi yang tersedia.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit Unyat berkata dunia kini sedang menyaksikan kemunculan pelbagai peluang pekerjaan baharu dalam sektor ekonomi digital, tenaga boleh diperbaharui, ekonomi hidrogen, teknologi pintar, kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi hijau.

“Dengan penguasaan dan usaha ini, ia dapat memastikan kesejajaran pembangunan golongan belia dengan aspirasi Post COVID-19 Development Strategy Sarawak (PCDS) 2030,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Mini Hari Bersama Pelanggan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) 2026 di Dewan Masyarakat Melayu Kampung Muhibbah, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata program berkenaan membuka ruang interaksi dua hala bagi mendapatkan maklum balas rakyat ke arah meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam.

Seorang pengunjung, Felix Ryan Billy, 20, dari Rumah Kayan Nanga Dia, berkata beliau berjaya mendaftarkan diri dalam aplikasi e-Recruitment Sarawak dengan bantuan petugas di kaunter SPANS bagi membolehkan memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

“Jika saya melakukannya sendiri tanpa bimbingan mungkin agar sukar kerana ada yang saya kurang fahami namun dengan kehadiran pihak SPANS maka urusan ini selesai disitu juga,’’ katanya.

Bagi Arvyana Chelsea Nanggai, 18, dari Rumah Balin Emperan Limau, menyifatkan program tersebut sebagai platform yang membuka pendedahan mengenai peluang melanjutkan pengajian, latihan kemahiran dan pembangunan kerjaya untuk golongan belia.

-FN

Tinggalkan komen anda