Skip to main content
Berita TempatanLabuan

Program B-Best Perkasa Belia Tahfiz, Belia Luar Bandar Labuan Dengan Kemahiran Digital

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/JBS Labuan

LABUAN, 30 Jun (MalaysiaAktif) – Program Keusahawanan Belia Bestari (B-Best) @ Rakan Niaga memberi ruang dan peluang kepada golongan belia menguasai kemahiran berniaga bagi menjana pendapatan sendiri.

Pegawai Pembangunan Ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan Rizuan Nizzam Nawawi berkata modul ‘Fotografi Kreatif + AI’ dipilih sebagai fokus utama pengisian siri kali ini bagi mendedahkan peserta kepada teknik fotografi menggunakan telefon pintar.

“Mereka didedahkan dengan ilmu untuk menguasai aplikasi Canva bagi menghasilkan poster pengiklanan.

Para peserta sedang membuat amali teknik fotografi menggunakan telefon pintar.

“Peserta turut didedahkan dengan fungsi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi membantu proses penciptaan kandungan iklan yang lebih efektif dan kreatif untuk produk jualan mereka,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Jelasnya, bagi fasa persediaan kerjaya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Labuan turut turun padang pada hari ketiga program bagi memberikan taklimat dan panduan padanan pekerjaan kepada para peserta.

“Selain sesi penerangan, PERKESO turut memberikan bimbingan secara langsung (bantu mula) kepada peserta untuk melengkapkan resume serta melakukan pengisian data secara dalam talian sepanjang bengkel tersebut berlangsung,” katanya.

Program anjuran JBS Labuan selama tiga har dan berakhir Ahad lalu disertai seramai 30 orang belia tahfiz serta belia luar bandar.

-RI

Tinggalkan komen anda