Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Mai Santai @MDY Tarik Pengunjung ke Yan

By 43 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Syahida (Yan)

YAN, 1 Jul (MalaysiaAktif) – Program Mai Santai @MDY yang berlangsung di perkarangan Majlis Daerah Yan semalam berjaya menarik kehadiran orang ramai dari sekitar daerah ini.

Pengunjung berpeluang menikmati durian sepuas hati pada Pesta Makan Durian @MDY dengan bayaran hanya RM10 seorang yang merangkumi hidangan durian, pulut, santan dan air mineral.

Penduduk tempatan Zunaida Ibrahim, 44, menyifatkan program tersebut sebagai inisiatif yang amat baik kerana memberi peluang kepada masyarakat menikmati durian pada harga mampu milik bersama keluarga.

Antara peserta yang menyertai pertandingan mewarna kategori kanak-kanak dan dewasa yang berlangsung meriah.

“Program Pesta Makan Durian @MDY bukan sekadar pesta menikmati raja buah, malah menjadi platform menyatukan masyarakat serta merancakkan ekonomi tempatan melalui penglibatan peniaga dan pengunjung dari pelbagai kawasan,” katanya.

Selain itu, orang ramai turut mengambil peluang membeli varieti premium seperti Black Thorn yang ditawarkan pada harga RM15 sekilogram.

Program itu turut dimeriahkan dengan penganjuran Jualan Rahmah yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga lebih rendah daripada pasaran selain pertandingan mewarna, teka berat buah durian serta congkak kategori wanita.

Mai Santai @MDY bukan sahaja mempromosikan hasil tempatan, malah menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

-RI

Tinggalkan komen anda