
Laporan/foto: Nur Syahida (Yan)
YAN, 1 Jul (MalaysiaAktif) – Semangat Hijrah sangat penting dalam kehidupan seharian bagi memacu perubahan diri ke arah yang lebih positif, kata Ustazah Normida Abdul Rashid.
“Semangat Hijrah bukan sekadar peristiwa yang dikenang, tetapi perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian melalui perubahan ke arah yang lebih positif.

Antara peserta daripada Kelas Bina Insan Daerah Yan.
“Setiap individu perlu sentiasa berusaha memperkukuh keimanan serta meningkatkan amalan agar dapat melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Tazkirah Hijrah pada Program Kembara Ilmu Kelas Bina Insan Daerah Yan bersama gabungan Kelas Bina Insan Kampung Kandai, Alor Setar yang disertai 70 peserta, Ahad lalu.
Program yang berlangsung di Puncak Gunung Jerai itu dianjurkan bagi memperkukuh kefahaman agama, membentuk sahsiah diri serta mengeratkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan peserta menerusi pengisian berteraskan ilmu dan kerohanian.
Berlatarbelakangkan keindahan panorama dan suasana damai di Puncak Gunung Jerai, program itu memberikan pengalaman bermakna kepada peserta, sekali gus mewujudkan suasana yang kondusif untuk menghayati ilmu, memperkukuh nilai-nilai kerohanian dan meningkatkan semangat kebersamaan.
-RI




