Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sindiket Seleweng LPG Tumpas, KPDN Selangor Rampas 190 Tong Gas Bernilai RM56,000

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Petaling)/KPDN Selangor

SHAH ALAM, 2 Jul (MalaysiaAktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menumpaskan kegiatan penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) menerusi serbuan di sebuah premis di Sungai Pelek pada Selasa.

Pengarah KPDN Selangor Muhamad Hanif Datuk Asa’ari berkata operasi menerusi Op Tiris 4.0 (Bersepadu) sekitar 2.10 petang itu dilaksanakan bersama Polis Diraja Malaysia selepas pasukan penguat kuasa menjalankan pemantauan selama dua minggu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati sindiket dipercayai menjalankan aktiviti ‘decanting‘ dengan memindahkan LPG bersubsidi 14 kilogram (kg) ke dalam tong gas komersial berkapasiti 50kg.

“KPDN Selangor mengesyaki tong gas komersial berisi LPG bersubsidi itu dijual kepada sektor industri pada harga lebih rendah berbanding harga sebenar pasaran.

“Seorang lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan, manakala pasukan serbuan turut menemui hos penyambung serta bungkusan ais dipercayai digunakan dalam proses pemindahan gas,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Antara 190 tong LPG yang dirampas dipercayai menjalankan aktiviti ‘decanting’ dengan memindahkan LPG bersubsidi 14 kilogram ke dalam tong gas komersial berkapasiti 50 kilogram oleh sindiket.

Mengulas lanjut, beliau berkata siasatan awal mendapati bekalan LPG bersubsidi dipercayai diperoleh daripada pemborong berlesen di sekitar Banting, Tanjung Sepat dan Sungai Pelek sebelum diselewengkan sindiket terbabit.

“Pasukan penguat kuasa turut menyita kira-kira 190 tong LPG pelbagai jenama berkapasiti 14 kilogram dan 50 kilogram serta sebuah lori bonded dengan nilai rampasan dianggarkan RM56,000,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda