Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

PPR Ladang Tanah Merah Bukti Komitmen Kerajaan MADANI

By 1 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhasnida Saarani/Unit Media YB Repah

PORT DICKSON, 2 Jul (MalaysiaAktif) – Pelaksanaan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Ladang Tanah Merah, Chuah membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dan Kerajaan Negeri Sembilan dalam memastikan golongan yang memerlukan memiliki akses kepada kediaman yang selesa, selamat dan berkualiti.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Veerapan Superamaniam berkata rumah bukan sekadar tempat berteduh, tetapi merupakan asas kepada pembinaan keluarga yang harmoni serta komuniti yang sejahtera.

‘Inisiatif seperti PPR memberi peluang kepada rakyat yang layak menikmati kehidupan yang lebih berkualiti dan membina masa depan yang lebih baik,” katanya pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Pengundian Program Perumahan Rakyat (PPR) Ladang Tanah Merah, di sini kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah itu berkata penyediaan perumahan mampu milik bukan sahaja meningkatkan taraf hidup rakyat, malah memperkukuh institusi kekeluargaan serta merancakkan pembangunan komuniti secara mampan.

Pada majlis tersebut, surat tawaran dan sesi pengundian unit kediaman disampaikan kepada penerima yang berjaya sebagai langkah merealisasikan hasrat kerajaan untuk memastikan lebih ramai rakyat memiliki kediaman yang sempurna dan berkualiti.

-RI

Tinggalkan komen anda