Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Unity Merdeka: Polis Kuala Lumpur Mahu Semua Pihak Bekerjasama Jaga Keselamatan

By 1 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhaimin Musa/Muhammad Azrul Mohamad Nazri (Kuala Lumpur) Unity Merdeka 

KUALA LUMPUR, 2 Julai (MalaysiaAktif) – Polis Kuala Lumpur mahu semua pihak bekerjasama menjaga keselamatan dalam program Unity Merdeka yang menyasarkan kehadiran seramai sejuta pengunjung.

Ketua Polis Kuala Lumpur Dato’ Fadil Marsus berkata polis tidak boleh bergerak bersendirian dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga kota.

“Sokongan masyarakat merupakan tunjang utama kepada kejayaan mewujudkan persekitaran yang aman dan harmoni,” katanya ketika berucap melancarkan Majlis Pra Pelancaran Program “Unity Merdeka” peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di IPK Kuala Lumpur, di sini semalam.

Program Unity Merdeka yang akan berlangsung di Dataran Merdeka dari 17 hingga 20 Julai ini merupakan sebuah festival komuniti berskala besar anjuran Polis Kuala Lumpur dengan kerjasama 16 kementerian serta rakan strategik.

Bertemakan “Kepelbagaian Disatukan, Kesejahteraan Dikekalkan”, program tersebut merupakan platform terbuka yang menyatukan elemen kebajikan, perpaduan, seni dan kekeluargaan.

“Saya menyeru kepada seluruh warga Kuala Lumpur untuk bersama-sama hadir bagi menjayakan agenda perpaduan ini,” katanya.

Pelbagai pengisian menarik telah diaturkan termasuk pameran daripada pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

-RI

Tinggalkan komen anda