Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Ngiling Bidai, Sumbangan PETRONAS Santuni Masyarakat Telang Usan

By 22 seconds yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Jua Daud (Telang Usan)

LONG LAMA, 10 Jul (MalaysiaAktif) – Sambutan Ngiling Bidai 2026 di Long Lama bukan sahaja mengekalkan warisan budaya masyarakat setempat, malah menjadi platform memperkukuh semangat perpaduan dan tanggungjawab sosial menerusi penyerahan kira-kira 100 bakul makanan kepada golongan memerlukan.

Program anjuran PETRONAS dengan kerjasama Pejabat Daerah Telang Usan itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dato Dennis Ngau, semalam.

Menurut Dennis, penganjuran Ngiling Bidai yang digabungkan dengan penyampaian bantuan makanan memberi makna besar kepada masyarakat kerana ia membantu meringankan beban golongan sasar, di samping memelihara adat budaya.

“Saya bagi pihak masyarakat Daerah Telang Usan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PETRONAS atas sumbangan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan.

“Program seperti ini telah menjadi tradisi PETRONAS sepanjang syarikat itu beroperasi di kawasan ini dan mencerminkan komitmen berterusan mereka dalam menyumbang kepada pembangunan serta kebajikan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata, sambutan Ngiling Bidai bukan sekadar acara kebudayaan, sebaliknya menjadi lambang perpaduan yang menyatukan masyarakat pelbagai kaum, budaya dan agama melalui nilai saling menghormati serta bermuafakat.

Dalam pada itu, Dennis berkata masyarakat Telang Usan turut berharap lebih banyak syarikat besar meneroka potensi kawasan Baram pada masa hadapan supaya inisiatif pembangunan komuniti dan program tanggungjawab sosial korporat dapat diperluaskan untuk manfaat penduduk.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas kerjasama erat Pejabat Daerah Telang Usan dan PETRONAS dalam menjayakan program tersebut yang menjadi wadah mengeratkan silaturahim serta memelihara keharmonian komuniti.

-RJ-

Tinggalkan komen anda