Skip to main content
Berita TempatanSabah

PERISMA Beaufort Terima 100 benih Cili Bara Projek Kebun Dapur

By 44 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sukarni Asun/Hairul Musli (Beaufort)

BEAUFORT, 13 Jul (MalaysiaAktif) – Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah menyerahkan benih cili bara kepada Persatuan Isteri dan Pegawai Wanita Bomba dan Penyelamat Balai Beaufort (PERISMA) sebagai usaha memperluaskan penyertaan kakitangan kerajaan dalam Projek Kebun Dapur secara fertigasi.

Pembantu Menterinya, Datuk Ruslan Muharam berkata projek tersebut akan diusahakan di tapak penanaman fertigasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort dengan melibatkan sebanyak 100 benih cili bara sebagai permulaan.

Dijangka akan mengeluarkan hasil dalam tempoh kira-kira sebulan, benih cili bara berkenaan juga menjadi salah satu strategi kementerian untuk menjadi pemangkin kepada penglibatan lebih ramai kakitangan awam dalam pertanian sekali gus meningkatkan pendapatan rakyat.

“Untuk permulaan, sebanyak 100 polibeg benih Cili Bara akan ditanam di kawasan tapak penanaman fertigasi BBP Beaufort yang akan diusahakan oleh PERISMA Beaufort dan berdasarkan pengalaman peserta terdahulu, tanaman Cili Bara membantu mengurangkan perbelanjaan dapur dan berpotensi menambah pendapatan keluarga menerusi hasil jualan.

“Saya berharap projek perintis ini akan menjadi pemangkin kepada lebih ramai kakitangan kerajaan untuk mengusahakan tanaman secara fertigasi dengan memanfaatkan masa lapang serta meningkatkan pendapatan dan mengurangkan beban kos sara hidup,” katanya ketika Majlis Penyerahan Projek Kebun Dapur Fertigasi di BBP Beaufort hari ini.

Untuk rekod PERISMA Beaufort merupakan sebahagian daripada program yang dirangka bagi menyokong Projek Kebun Dapur yang diperkenalkan oleh Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar pada 15 Februari 2026.

-RJ-

Tinggalkan komen anda