
Laporan/foto: Nur Imanina (Perak)/Facebook Saarani Mohamad
IPOH, 14 Jul (MalaysiaAktif) – Jadilah penjawat awam yang sentiasa mencari jalan penyelesaian dan bukan menambah kerumitan, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
Menurut beliau, kejayaan sesebuah kerajaan disokong kuat oleh komitmen setiap penjawat awam, termasuk mereka yang bertugas di belakang tabir selain perlu sentiasa mengamalkan tiga sikap utama demi memenuhi ekspektasi.
“Saya selalu mengingatkan mengenai tiga sikap penting yang perlu terus menjadi pegangan kita iaitu sense of urgency (kesegeraan), sense of crisis (peka krisis) dan sense of empathy (empati),” katanya.

Saarani bersama-sama kepimpinan tertinggi SUK Perak merakamkan gambar para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 selepas majlis penyampaian anugerah yang berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini semalam.
Katanya lagi, kejayaan besar negeri bermula daripada tugas-tugas kecil yang dilaksanakan dengan baik setiap hari demi memastikan agenda Perak Sejahtera 2030 dapat dirasai oleh rakyat.
Seramai 75 kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak, Pejabat Kewangan Negeri dan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak diraikan dalam majlis tersebut.
-RI






