Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Fit & Fun Tingkat Kecergasan, Erat Silaturahim

By 58 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar (Pokok Sena)

POKOK SENA, 23 Jul (MalaysiaAktif) – Program Fit & Fun anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kecil Daerah Pokok Sena menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan kecergasan fizikal dan mental di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli dan peserta.

Program ini menjadi platform memupuk semangat kekitaan dan mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan peserta selain menikmati keindahan panorama alam semula.

Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pokok Sena Syafiqah Mohd Radzi berkata sambutan yang diterima amat memberangsangkan dan menjadi motivasi untuk meneruskan lebih banyak aktiviti pada masa hadapan.

Para peserta PUSPANITA bergambar kenangan di puncak Bukit 8888.

“Sokongan semua amat kita hargai dan menjadi pencetus semangat untuk menganjurkan lebih banyak program santai pada masa akan datang,” katanya, di sini semalam.

Seramai 70 peserta daripada pelbagai jabatan di daerah ini memulakan pendakian pada awal pagi, berjaya menawan puncak Bukit 8888 dengan semangat kerjasama serta saling memberi sokongan antara satu sama lain.

Sementara itu, peserta dari Pejabat Pertanian Daerah Pokok Sena, Nur Amalina Abu Bakar, 31, berkata pengalaman menyertai pendakian tersebut cukup bermakna walaupun laluan yang dilalui agak mencabar.

“Walaupun jalannya berliku, kami sampai juga ke puncak Bukit 8888,” katanya.

Penganjuran Program Fit & Fun ini membuktikan komitmen PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pokok Sena dalam membudayakan gaya hidup aktif dan sihat, di samping memperkukuhkan hubungan silaturahim serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga perkhidmatan awam.

-RI

Tinggalkan komen anda