Skip to main content
Berita TempatanSarawak

BIKF 2026 Pemangkin Sektor Pelancongan, Jana Ekonomi Komuniti Bintulu

By 20 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Faridah Ajek (Bintulu)

BINTULU, 24 Jul (MalaysiaAktif) – Penganjuran Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo (BIKF) 2026 bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor pelancongan serta memberi limpahan ekonomi kepada usahawan dan komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata festival bertaraf antarabangsa itu membuktikan keupayaan kawasan berkenaan dalam merancakkan aktiviti ekonomi secara proaktif.

“Walaupun berhadapan dengan tekanan ekonomi global, namun kita tetap bangkit menyahut cabaran. Di Bintulu, kita tidak sekadar menunggu peluang, tetapi kitalah yang mencipta peluang tersebut,” katanya ketika menyempurnakan majlis perasmian BIKF 2026, di sini semalam.

Menyentuh mengenai penganjuran festival edisi ke-19 itu yang bermula kelmarin hingga Ahad di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu menghimpunkan 154 pelayang tempatan termasuk dari 19 negara luar.

Turut diadakan perarakan pelbagai elemen kebudayaan dari Hotel Kemena menuju ke Pentas Utama itu menerusi persembahan kumpulan hadrah dari Kidurong, Kampung Asyakirin dan Sebauh, selain tarian singa oleh Kelab Sukan dan Kebudayaan Chin Wo Bintulu.

Sementara itu, salah seorang peserta perarakan, Clement Achui, 57, melihat inisiatif menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat luar dan dalam negara itu sebagai platform terbaik bagi mempromosikan keunikan budaya Sarawak kepada dunia.

-RJ-

Tinggalkan komen anda