Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

JPJ Johor Sita 21 Kenderaan Dalam Ops PeWA di Senai

By 3 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syamilah Yusman (Johor)/Facebook JPJ Johor

JOHOR BAHRU, 25 Jul (MalaysiaAktif) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor melalui Stesen Penguat Kuasa (SPK) Ayer Bemban telah melaksanakan Ops Pemandu Warga Asing (Ops PeWA) di sekitar Senai bagi mengesan serta mengambil tindakan terhadap pemandu warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam operasi itu, sebanyak 120 notis dikeluarkan dan 21 kenderaan yang terdiri daripada enam motokar serta 15 motosikal disita selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang sah, tiada lesen memandu yang sah serta kesalahan teknikal mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JPJ Johor dalam kenyataan memaklumkan, kesemua kenderaan terbabit disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum dibawa ke Depoh Sita JPJ SPK Ayer Bemban bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

“Kesemua kenderaan terbabit disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum dibawa ke Depoh Sita JPJ SPK Ayer Bemban bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Kenyataan itu turut memaklumkan pemilik serta pemandu kenderaan berkenaan dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.

JPJ Johor berkata pihaknya akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya, meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya serta membanteras penggunaan kenderaan oleh individu yang tidak layak atau melanggar peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-AA-

Tinggalkan komen anda