Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Citrawarna 2026: Ritma Warisan, Nadi Nusa dan Bangsa

By 55 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhaimin Musa/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 26 Jul (MalaysiaAktif) – Citrawarna 2026 berjaya menarik kehadiran lebih 700 pelancong antarabangsa dari 12 negara ke Dataran Merdeka menerusi penganjuran bertemakan Ritma Warisan, Nadi Nusa dan Bangsa sempena Kempen Melawat Malaysia 2026.

Acara gilang-gemilang yang dihadiri Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu menghimpunkan 3,500 penari dari seluruh negara dalam persembahan yang mengetengahkan kepelbagaian warisan budaya Malaysia.

Penganjuran selama tiga hari itu menampilkan empat komponen utama iaitu Citra Perarakan, Citra Rasa, Citra Budaya dan Citra Seni yang padat dengan seni persembahan kebudayaan, demonstrasi kraf tangan serta pelbagai juadah tradisional.

“Saya sangat teruja dan semuanya nampak cantik dan kumpulan kami (Dhola Lions) yang mewakili kaum Punjabi juga membuat persembahan dalam Citrawarna 2026 ini,” kata Naila Naim, 28, salah seorang pengunjung yang ditemu bual MalaysiaAktif, semalam.

Pengunjung dari Kedah, Irfan Harith, 21, berkata Citrawarna berjaya menyatukan pelbagai tradisi masyarakat di negara ini.

“Saya rasa sangat seronok dapat tengok Citrawarna ini di mana ia menyatu padukan semua tradisi yang berada di dalam negara kita dan pada pendapat peribadi saya ia patut diteruskan pada setiap tahun,” katanya.

Dengan menyatukan keunikan pelbagai kaum di atas satu pentas bertaraf dunia, Malaysia berjaya menghantar mesej yang jelas kepada komuniti global bahawa negara ini sedia makmur, harmoni dan sentiasa terbuka menerima kedatangan pelawat dari seluruh pelosok dunia.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Tiong King Sing serta pengurusan tertinggi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

-AA-

Tinggalkan komen anda