Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

FUT 3.0 Jalin Kerjasama Komuniti Penerbangan Global

By 33 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurizzati Hanis/Samsul Amri (LMS)

TAIPING, 27 Jul (MalaysiaAktif) – Penyertaan antarabangsa dalam Festival Udara Taiping (FUT) 3.0 secara tidak langsung menjalinkan hubungan dan kerjasama dalam komuniti penerbangan global, kata Pengarah Program FUT 3.0 Kapten Syafiq Bahri.

“Pihak penganjur amat berbesar hati menerima kehadiran juruterbang dan penggiat sukan udara dari pelbagai negara.

“Penyertaan mereka bukan sahaja menyemarakkan festival, malah memberi peluang untuk menikmati keramahan masyarakat Malaysia serta pengalaman yang tidak dapat dilupakan di Taiping,” katanya.

FUT 3.0 yang berlangsung di Lapangan Terbang Tekah, Assam Kumbang di sini selama empat hari bermula Khamis lalu menerima sambutan di luar dugaan dengan kehadiran lebih 70,000 pengunjung.

Raja Muda Perak berkenan meninjau dan melihat pesawat yang dipamerkan sempena Festival Udara Taiping (FUT) 2026.

Acara tersebut berjaya menarik penyertaan global dari 18 buah negara termasuk Malaysia dengan menampilkan 36 pesawat pameran statik dalam dan luar negara.

Antara negara luar yang mengambil bahagian ialah Thailand, Indonesia, Singapura, Rusia, United Kingdom, Jerman, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Yaman, Pakistan, Perancis, Belanda, China, Kanada dan Uzbekistan.

Festival anjuran Kelab Sukan Udara Taiping (KESUT) dengan kerjasama Flytrike Sdn. Bhd. serta beberapa agensi kerajaan dan rakan strategik itu telah disempurnakan pelancarannya oleh Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, kelmarin.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak Loh Sze Yee yang mewakili Menteri Besar, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak Teh Kok Lim, Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama Dato’ Seri Wan Mohd Isa Wan Mohd Razalli serta Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama Mohd Nasrul Menhat.

-RI

Tinggalkan komen anda