Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

SK Kubang Golok Kekal Sifar Kes Jenayah Hasil Kerjasama Strategik

By 4 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farzliana Abdul Ghaffar/Nur Shafira Mat Hussin (Bachok)

BACHOK, 28 Jul (MalaysiaAktif) Sekolah Kebangsaan Kubang Golok berjaya mengekalkan sifar kes jenayah dalam kalangan murid hasil kerjasama strategik bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok, Pejabat Penerangan Daerah Bachok serta sokongan ibu bapa menerusi Program Jaringan Sekolah.

Kejayaan itu turut dizahirkan menerusi Program Cakna Waris dan Agihan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Tahun 2026 yang menghimpunkan lebih 500 ibu bapa, guru dan murid bagi memperkukuh kerjasama antara sekolah, keluarga dan agensi kerajaan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Supt. Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, Program Jaringan Sekolah berperanan memperkukuh keselamatan, sahsiah dan kesedaran dalam kalangan murid melalui kerjasama erat antara sekolah, ibu bapa dan agensi kerajaan.

“Keselamatan anak-anak bermula dari rumah. Ibu bapa perlu sentiasa memantau pergerakan, pergaulan dan aktiviti harian mereka bagi mengelakkan penglibatan dalam jenayah serta gejala sosial,” katanya ketika merasmikan program tersebut, semalam.

Guru Besar, Mohd Daud Salleh berkata, hasil kerjasama semua pihak, sekolah berjaya mengekalkan sifar kes jenayah dalam kalangan murid, selain mencatat pelbagai kejayaan dalam bidang sukan dan akademik.

Dalam pada itu, Pejabat Penerangan Daerah Bachok turut mengadakan pengisian Info On Wheels (IOW) yang merangkumi penyampaian isu semasa, Inisiatif #Tunggu16 serta sesi hands-on penggunaan aplikasi kerajaan seperti Price Catcher, JOM Jabatan Penerangan Malaysia dan RTM Klik.

Program tersebut membuktikan sinergi antara sekolah, IPD Bachok dan Jabatan Penerangan Malaysia mampu melahirkan murid yang berdisiplin, celik maklumat serta mempunyai kesedaran tinggi terhadap keselamatan diri.

-AA-

Tinggalkan komen anda