Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Pengukuhan Jati Diri Melalui Gambus

By 23 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/ foto oleh: Azman Jumat(Sabah)

 

KOTA KINABALU, 23 Feb. (Malaysiaaktif) – Pesta Gambus Peringkat Negeri Sabah ke-18 akan diadakan selama dua hari di Dewan Masyarakat Papar bermula hari ini hingga 25 Februari 2018.

Menurut Pengerusi Pelaksana, Haji Pengiran Sarifuddin Datuk Haji Pengiran Tahir, pesta anjuran Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) ini akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman.

“Pesta ini akan menampilkan empat kumpulan gambus yang akan berentap ke peringkat akhir mewakili beberapa zon setelah berjaya di peringkat saringan.

“Sebelum ini hadiah diberikan kepada pemenang yang mendapat tempat pertama hingga ke tiga, tetapi tahun ini kami membuat sedikit pembaharuan.

“Mana-mana kumpulan yang mendapat markah yang telah digariskan akan diberikan anugerah kerana mencapai standard yang ditetapkan, selari dengan hasrat bagi melahirkan sebuah kumpulan gambus yang berkualiti,” katanya ketika di temui di pejabatnya pada Jumaat.

Tambahnya, pesta yang bertemakan “Gambus Instrumen Perpaduan” itu akan menampilkan ikon gambus negara iaitu Fauziah Suhaili yang dahulunya juga merupakan salah seorang peserta.

Fauziah Gambus yang kini merupakan Ikon Gambus Negara dilahirkan dalam pesta seperti ini.

Fauziah Gambus yang kini merupakan Ikon Gambus Negara dilahirkan dalam pesta seperti ini.

“Gambus ini adalah instumen universal bulan sahaja dimainkan orang masyarakat Brunei, malahan arab dan cina juga ada memainkan alat serupa ini.

“Namun apa yang menjadikan gambus sebagai alat untuk mengukuhkan semangat jati diri masyarakat Brunei adalah dari segi lagunya selain rekabentuk dan ciri-ciri perhiasan yang diletakkan di gambus tersebut.

“Ia juga sangat sinonim dengan masyarakat Brunei kerana sering dimainkan dalam musim perayaan dan majlis perkahwinan dan alat ini semakin popular kerana pendedahan dan impak yang diberikan melalui pesta gambus,” katanya.

Beberapa aktiviti lain turut diadakan sepanjang dua hari pesta diadakan seperti pameran makanan tradisi Brunei Sabah dan juga pameran kraftangan beserta forum yang akan membincangkan mengenai  ‘Kelestarian dan Cabaran Etnik Brunei Sabah’.

-MRR

Tinggalkan komen anda