Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

Ekspo Terengganu Sasar 450,000 Pengunjung

By 23 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Affendi Ahmad & Tengku Saipullah Tengku Mohamed (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman optimis Ekspo Terengganu 2018 mampu menarik seramai 450,000 pengunjung kali ini.

“Ekspo Terengganu 2018 yang akan diadakan selama seminggu bermula Ahad ini bertujuan mempamerkan kejayaan Terengganu dalam pelbagai bidang selain memberi peluang kepada rakyat terutamanya rakyat negeri ini mendapatkan maklumat dan perkhidmatan daripada agensi-agensi kerajaan,” katanya ketika melawat persiapan ekspo tersebut di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus semalam.

Persiapan terakhir giat dijalankan sebelum program bermula dengan rasminya Ahad ini.

Persiapan terakhir giat dijalankan sebelum program bermula  Ahad ini.

Menurut Pengerusi Jawantankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata persiapan sedang giat dijalankan bagi memastikan ekspo kali ini berjaya mencapai matlamat.

“Pelbagai tarikan disediakan antaranya hadiah cabutan bertuah berupa sebuah rumah, satu lot tanah pertanian, satu lot tanah perumahan, kenderaan pacuan empat roda, kereta, motosikal dan pelbagai barangan elektrik,” katanya yang mengiringi Ahmad Razif di dalam lawatan tersebut.

Ekspo Terengganu 2018 bakal dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid  Hamidi pada 26 Februari nanti manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan majlis penutup pada 3 Mac nanti.

– SH

 

Tinggalkan komen anda