Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Tingkatkan Kesedaran Generasi Muda Murut Kepentingan Pelihara Budaya – Radin

By 7 April 2018Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
           Laporan oleh: Fauzrina Bulka/ Foto: Azman Jumat (Sabah)
TENOM, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Pelaksanaan Karnival Kebudayaan Sepakat Komuniti 1Malaysia Peringkat Daerah Tenom di lihat dapat meningkatkan lagi kesedaran generasi muda Murut akan kepentingan memelihara kebudayaan dan adat resam terutamanya bahasa ibunda agar tidak luput ditelan zaman.
 IMG-20180407-WA0030

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Seri Panglima Radin Malleh berkata, pelbagai persembahan seni dan kebudayaan yang dilaksanakan bertepatan dengan usaha-usaha Persatuan Murut Sabah (PMS) untuk memartabatkan lagi kebudayaan Murut berkenaan.

“Selain menambah pendapatan melalui program ini, artis-artis tempatan khasnya artis-artis Murut juga dapat berperanan untuk mempromosi kebudayaan Murut khasnya bahasa ibunda melalui lagu-lagu gubahan mereka.

IMG-20180407-WA0013

“Manakala, persembahan kumpulan-kumpulan kebudayaan juga akan meningkatkan lagi kesedaran dan minat rakyat terhadap kebudayaan masing-masing,” katanya.

Karnival anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Tenom itu mendapat kerjasama daripada Komuniti 1Malaysia, Jawatankuasa Keselamatan Dalam Bandar (JKDB) Pekan Tenom dan Tenom Lama serta Pusat Kebudayaan Murut Sabah.

Program yang berlangsung malam tadi merupakan salah satu pengisian sambutan Pesta Kalimaran Peringkat Negeri Sabah Tahun 2018 yang akan dirasmikan pada 9 April bertempat di Padang Pekan Tenom.

IMG-20180407-WA0035

Mengulas lanjut menurut Radin, Komuniti 1Malaysia (K1M) sebagai satu pertubuhan sukarela yang dianggotai oleh pelbagai kaum dibawah penyeliaan JaPen haruslah sentiasa sepakat, komited dan bekerjasama untuk meningkatkan pemahaman dan penerimaan rakyat demi kejayaan pelbagai dasar dan program kerajaan tersebut.

“Melalui program ini, rakyat yang menjadi ahli-ahli K1M digalakkan bertindak sebagai peneraju pembentukan rakyat yang bermaklumat dan pemangkin perpaduan rakyat.

IMG-20180407-WA0031

“Program ini memberi peluang kepada rakyat untuk memberi maklum balas dan menerima respon mengenai perkara-perkara yang dikemukakan oleh mereka daripada jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan terbabit.

“Saya berharap ahli-ahli K1M di daerah Tenom yang menyertai program ini akan menghayati tema Pesta Kalimaran Peringkat Negeri Sabah 2018 iaitu “Rondo Guang, Rondo Sukuon” (Satu Hati, Satu Matlamat) sebagai pedoman dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing kepada rakyat,”ujarnya.

IMG-20180407-WA0039

Tambahnya, kerjasama PMS dengan pelbagai pihak untuk memartabatkan kebudayaan Murut di Sabah amat baik dan wajar dicontohi oleh pertubuhan-pertubuhan kebudayaan yang lain.

Beliau berharap PMS juga dapat bekerjasama dengan badan-badan tertentu untuk memperbanyakkan lagi dokumentasi-dokumentasi dan penerbitan-penerbitan mengenai kebudayaan Murut.

IMG-20180407-WA0023
“Kepelbagaian bahan rujukan mengenai kebudayaan Murut juga adalah penanda aras tahap perkembangan ketamadunan  kaum berkenaan

“Justeru, saya menyokong dan amat berbesar hati sekiranya JaPen dapat bekerjasama dengan PMS dalam perkara ini terutamanya untuk menampung kos penerbitan bahan-bahan berkenaan. Saya fikir ia juga boleh dijadikan sebagai salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh JaPen di Sabah,”kata Radin.

Persembahan daripada artis PENTARAMA.

Persembahan daripada artis PENTARAMA.

Pelbagai persembahan warna warni dari pelbagai suku kaum ditarikan malam tadi dihadapan kira-kira 5,000 penonton, termasuk persembahan daripada artis PENTARAMA dan penyampaian sijil untuk semua pengerusi K1M daerah.

Hadir sama, Presiden PMS, Datuk Rubin Balang; Ketua Penolong Pengarah JaPen, Wasrin Zakaria; Pegawai Daerah Tenom, Madiyem Layapan dan Pegawai Penerangan Daerah, Kenny Thomas.
-MRR

Tinggalkan komen anda