Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Ulang Tahun PMT dan TF 450 Sumbang 124 pain Darah

By 7 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh: Yahya Rajak (Sabah)

 

KOTA KINABALU, 7 Apr (Malaysiaaktif) Sebanyak 124 pain darah berjaya di sumbangkan pada sambutan Hari Ulang Tahun Panglima Medan Timur (PMT) dan Task Force (TF) 450 di Kem Lok Kawi disini pada Khamis.

Lt.Kol Mohamad Nizam turut serta menyumbangkan darah pada sambutan berkenaan.

Lt.Kol Mohamad Nizam turut serta menyumbangkan darah pada sambutan
berkenaan.

Ketua Staf Markas Briged Kelima Infantri Malaysia, Lt. Kol Mohamad Nizam Manaf
semasa merasmikan majlis berkenaan berkata sumbangan tersebut adalah tanggungjawab untuk membantu masyarakat di negeri ini terutama kepada golongan pesakit yang memerlukan sumbangan bekalan darah.

“Kerjasama bersama Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKKS) penting

Dr. Mimi Azreen Abdullah (kiri) menerima cenderamata daripada Lt.Kol.Mohamad Nizam (kanan) pada sambutan berkenaan

Dr. Mimi Azreen Abdullah (kiri) menerima cenderamata daripada Lt.Kol.Mohamad Nizam (kanan) pada sambutan berkenaan

kerana ketika ini pihak hospital berkenaan amat memerlukan bekalan darah bagi penggunaan para pesakit terutama pesakit Thalassemia.

“Semoga dengan sumbangan ini ianya dapat membantu memenuhi keperluan darah di Hospital berkenaan dan kami akan sentiasa menjalinkan kerjasama sebegini setiap tahun bagi menunjukkan komitmen anggota tentera terhadap masyarakat,” ujarnya.

Suasana semasa aktiviti derma darah berkenaan

Suasana semasa aktiviti derma darah berkenaan

Mewakili Pengarah HWKKS, Jabatan Patologi dan Transfusi Darah, Dr. Mimi Azreen Abdullah berharap agar kerjasama ini akan terus terjalin kerana pihak hospital sering mengalami kekurangan bekalan darah terutama di bulan Ramadan.

“Setiap kali memasuki bulan Ramadan, ia menjadi kebimbangan dan kerisauan kami kerana sumbangan masyarakat terhadap bekalan darah adalah berkurangan.

Sehubungan itu, kami amat berharap pelbagai pihak sama ada anggota keselamatan, orang awam mahupun persatuan dan swasta dapat terus menyumbang,” jelasnya ketika ditemui selepas menghadiri kempen derma darah bersempena ulang tahun berkenaan.

Turut hadir Pegawai Pemerintah Bravo Kompeni Batalion Pertama Perubatan, Kapten (Dr) Attaful Uzair Arshad dan Pegawai Logistik Rejimen Ke-6 Artileri Diraja, Kapten Zamree Rosdi.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda