
Laporan dan Foto Oleh : Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)
BALING, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Sejak 13 Julai lalu lebih 37 pasukan yang terdiri daripada 148 peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari Zon Utara Semenanjung Malaysia.
Semuanya bagi menyahut cabaran Program ASEAN@Yourfingertip’s 2018 yang terdiri daripada ASEAN@Campus dan ASEAN@School (Primary) yang diadakan pada 14-15 Julai 2018 di Sekitar Baling, Kedah anjuran Jabatan Penerangan Malaysia bersama Kolej Komuniti Baling.

Pelepasan peserta (flag off) Asean@Maountain Challenge di lakukan oleh Datuk Mohd Sukari Abdul Hamid pada pukul 7.30 pagi
Program yang dirasmikan oleh EXCO Kerajaan Negeri Kedah, Simon Oii Tze Min dan bersama Ketua Pengarah Penerangan Malaysia hari ini menyaksikan beberapa cabaran sepenuhnya iaitu Asean@school dan Baling Nature Asean Explorace yang berakhir dengan Asean@Mountain Challenge yang melibatkan 246 peserta.

EXCO Kerajaan Negeri Kedah, Simon Oii Tze dan Datuk Mohd Sukari bergambar bersama urusetia program setelah tamat acara perasmian
Seawal pukul 6.30 pagi para peserta telahpun berada di perkarangan Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara ( PULAPAU), Baling dengan aktiviti regangan senamrobik yang di sertai Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Mohd Sukari Abdul Hamid.
Menurut Ketua Malim Gunung Baling, Nor Azman Ishak, peserta termuda acara ini berumur empat tahun dan peserta terpantas berjaya naik dan turun kembali dalam tempoh tidak sampai sejam.
Katanya lagi, cabaran ini melibatkan 14 seksyen dengan 3 checkpoint bagi memastikan keselamatan peserta.
Dia bersyukur kerana semua 246 org peserta berjaya sampai dan selamat turun kembali
Cabaran utama ialah semasa di seksyen tiga yang banyak laluan mendaki curam bila peserta berlumba sesama sendiri dan agak sukar dikawal dan berbahaya, ujarnya lagi.
“Program ini perlu ditambah dengan lebih banyak aktiviti. Ini kerana ia amat menarik dan dapat membina pelbagai kemahiran baru kepada para peserta. Ini pendapat pelajar Kolej Komuniti Bandar Darul Aman,” Nur Farah Najwa Muhammad Nazari.

Kerjasama kumpulan terpaksa dikekalkan sepanjang masa untuk menyelesaikan semua cabaran – pelajar Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, Nur Farah Najwa Muhammad Nazari.
Menurutnya lagi, program ini mencabar mental dan saikologi peserta untuk memastikan kerjasama kumpulan sentiasa berada pada tahap tertinggi kerana semua penyelesaian kepada aktivitinya memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan.
Bagi salah seorang peserta Kolej Komuniti Baling, Aishah Zulkipli, cabaran utama dalam Asean@Mountain Challenge hanyalah pada awal pendakian kerana ia licin dan berbatu.

Makanan tengahari wajar disediakan kepada para peserta Baling Nature Asean Exlporace – Aishah Zulkipli
Aishah mencadangan, walaupun peserta disajikan sarapan pagi yang berat untuk Baling Nature Asean Explorace, wajar juga pada masa-masa akan datang, makanan tengahari disediakan kerana aktiviti ini amat lasak.
“Asean@Yourfingertip’s sangat menguji kesabaran untuk mengekalkan kerjasama kumpulan. Masa untuk program ini pun perlu dipanjangkan lagi” kata Emily Nurlisa Ezzuanndi dari Kolej Komuniti Taiping.
Para urusetia juga perlu lebih peramah kerana program ini diadakan bagi membina pemimpin di masa depan.
Selain itu katanya, khemah-khemah untuk peserta perlu dibanyakkan kerana cuaca amat panas, ujarnya lagi.
Emily merakamkan ucapan penghargaannya kepada Kolej Komuniti Taiping yang memberi kepercayaan kepada kumpulannya untuk datang ke sini dan Kolej Komuniti Baling kerana berjaya menganjurkan program ini dengan baik.
Pemenang Baling Nature Asean Explorace dari Kolej Komuniti Langkawi, Mohd Fathil Aziz mencadangkan masa perjalanan untuk ke setiap lokasi cabaran tidak sepatutnya diambil kira.
Ini kerana perjalanan ke tujuh lokasi ini ialah melalui jalanraya. Peserta terpaksa memandu dengan laju bagi mengejar masa malah sebahagiannya terpaksa memotong digarisan berkembar dan melanggar lampu isyarat untuk sampai dengan cepat.

Peserta bukan hanya berlumba semasa acara tetapi juga di jalanraya -Pemenang Baling Nature Asean Explorace dari Kolej Komuniti Langkawi, Mohd Fathil Aziz
Dia juga berharap supaya acara ini lebih lasak lagi dan disusun dengan lebih mencabar. Had masa untuk sesuatu acara perlu disusun semula. Acara yang mudah seperti menangkap itik, sediakan kerabu tidak perlu lama berbanding menyediakan rakit panjang. Dia juga mencadangkan acara menangkap itik digantikan dengan menangkap haiwan esotik Asean.
Katanya lagi, perlu dimaklumkan objektif penglibatan pensyarah sebagai ahli kumpulan kerana ia amat baik tetapi para peserta mungkin tidak tahu kelebihan pensyarah menjadi ahli kumpulan.
Acara ini tamat dengan rasminya pada pukul 5.30 petang tadi selepas acara penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sijil penyertaan.