Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

ASEAN@School 2018: Wadah Mendekati Warga Sekolah

By 16 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan Oleh: Norhayati Yusoff dan Fatin Nabila / Foto: Haji Bukhari

BALING, 16 Julai (Malaysiaaktif) – Program ASEAN@School 2018 telah berlangsung selama dua hari bermula 14 Julai hingga 15 Julai bertempat di Sekolah Kebangsaan Pulai, Baling. Berdekatan dengan laluan utama ke Kolej Komuniti Baling dan Pusat Latihan Pertahanan Awam Baling yang merupakan tempat berlangsungnya program ASEAN@Campus dan ASEAN Baling Nature Explorace 2018 menjadi faktor utama pemilihan sekolah ini.

Pelbagai akitiviti menarik diadakan pada sebelah pagi iaitu pertandingan Jigsaw Puzzle ASEAN dan pertandingan mewarna bagi tahap satu dan tahap dua.
Manakala pada tengahari pula, sesi menandatangani plak mural ASEAN telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman bersama Guru Besar SK Pulai, Mohamad Fauzi Md.Noor. Turut hadir bersama Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital), Datuk Mohd Sukari Bin Ab Hamid dan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah, Nasrudin H.Mahmod.

Pertandingan mewarna tahap dua

Pertandingan mewarna tahap dua

Bagi Pertandingan Mewarna untuk kategori tahun satu hingga tahun tiga dimenangi oleh Hasif Hafizan Hisyamuddin, tempat kedua, Nurul Fatini Mohd Fairazelly dan Nur Qaisara Damia Abdullah merupakan tempat ketiga.
Untuk kategori tahun empat hingga tahun enam pula, tempat pertama dimenangi oleh Nur Alya Atirah Ahmad, tempat kedua oleh Najiha Najwa Mohd Zuairi dan pemenang tempat ketiga Fatia Atikafi Fairazelly.

Adik Nur Alya Atirah Ahmad, 12 pemenang pertandingan mewarna tahap dua

Adik Nur Alya Atirah Ahmad, 12 pemenang pertandingan mewarna tahap dua

“Saya tidak menyangka akan memenangi pertandingan ini kerana lukisan rakan-rakan yang lain juga menarik dan cantik” ujar Nur Alya Atirah Ahmad, 12, pemenang pertandingan mewarna tahap dua.

Pertandingan Jigsaw Puzzle@School berkumpulan telah dimenangi oleh kumpulan Cikgu Nor Laila Muda, tempat kedua oleh kumpulan Cikgu Sarifah Ahmad dan tempat ketiga oleh Cikgu Isma Azita.

IMG-20180716-WA0032

Pertandingan jigsaw puzzle berkumpulan

Menurut Cikgu Nor Laila, 42, pertandingan ini menguji ketangkasan dan ketajaman mata setiap peserta untuk melengkap Jigsaw Puzzle.

Majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang telah disempurnakan oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Exco) Merangkap Adun Bakar Arang, Simon Ooi TZE Min pada sebelah petang di Pusat Latihan Pertahanan Awam (PULAPA) Baling.

– MRR

Tinggalkan komen anda