Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Pulau Pinang Perintis Kepada Negeri Hijau Melalui ‘Plogging’

By 27 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan : Nur Rezwane Bt Md Zabidi (Seberang Perai Selatan)

 

NIBONG TEBAL, 27 Ogos (MalaysiaAktif)  – Pulau Pinang berhasrat menjadikan negeri itu sebagai sebagai negeri Hijau pertama negara, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi,  Jason H’ ng Mooi Lye menginisiatifkan program plogging di Taman Rekreasi Sungai Sanglang, Nibong Tebal selepas kali pertama diadakan di Seberang Perai.

Menurut Yang di-Pertua (YDP) MPSP, Datuk Sr. Rozali Mohamud, pihaknya berharap aktiviti ‘plogging’ bakal menyumbang kepada usaha bersama dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri hijau pertama negara.

f90377cb-c721-4a1f-83bb-701b657723b6

Tambah beliau “Pada tahun 2018, aktiviti plogging dibawa ke Malaysia dan negara-negara lain, dan Pulau Pinang menjadi negeri pertama mengadakan aktiviti sebegini apabila Ketua Menteri, Chow Kon Yeow sendiri melancarkan program plogging pertama peringkat Seberang Perai di Taman Tunku Seberang Jaya pada 10 Jun lalu.

“Apabila plastik pakai buang dibawa arus air ke sungai dan laut, mengingatkan plastik ini adalah makanan, habitat laut makan dan akan mati.

“Lalu, pencinta alam sekitar telah membangkitkan isu ini, supaya jangan lagi kita membiarkan pembuang plastik ini membunuh habitat laut serta menjadi isu global,” jelasnya sambil memberitahu bahawa program tersebut adalah kali yang kedua diadakan di Seberang Perai.

“Kita (Malaysia) menghasilkan plastik sebanyak 80.8 juta matrik tan, ini plastik sahaja bukan semua jenis sampah”, ulasnya lagi.

“Sebab itu pentingnya plogging ini, kita nak jadi negeri hijau pertama negara dan meningkatkan kualiti hidup rakyat,” ujarnya.

Program tersebut telah dijayakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan disertai 200 orang peserta terdiri daripada pelbagai Pertubuhan Sukarela Kebajikan (NGO) sekitar JAWI.

Sampah yang berjaya dikumpul oleh peserta 'Plogging'

Sampah yang berjaya dikumpul oleh peserta ‘Plogging’

 

-erk

 

 

Tinggalkan komen anda