Skip to main content
Berita TempatanJohor

Perkhidmatan Percuma PMR UTC Johor Permudah Urusan Pengunjung

By 27 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Othman & Najib Mohaini (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Pusat Maklumat Rakyat (PMR) UTC Johor bukan sekadar tempat pengumpulan bahan maklumat, ianya juga boleh menjadi Pusat Setempat (One Stop Centre) kepada orang ramai untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan perkhidmatan jabatan dan agensi kerajaan.

Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan Negeri Johor, Mohammed Iqbal Ibrahim, berkata Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor menempatkan 31 buah agensi kerajaan persekutuan dan agensi kerajaan negeri dan setiap mereka juga boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat di Pusat Maklumat Rakyat ini untuk menyampaikan maklumat dan memudahkan urusan pelanggan mereka.

Kemudahan di PMR UTC Johor membolehkan penganjuran taklimat, bengkel atau temuduga untuk jabatan dan agensi kerajaan dilakukan di sini. – Iqbal Ibrahim

Kemudahan di PMR UTC Johor membolehkan penganjuran taklimat, bengkel atau temuduga untuk jabatan dan agensi kerajaan dilakukan di sini. – Iqbal Ibrahim

“Selain edaran bahan-bahan penerbitan dan poster-poster rasmi pembesar di negara ini, pusat ini juga menawarkan perkhidmatan seperti kemudahan komputer, pelayaran internet dan ruang perbincangan yang boleh digunakan secara percuma untuk pelbagai tujuan seperti bengkel dan temuduga,” jelasnya semasa memberi ucapan pada Majlis Perasmian Program Merdeka@Komuniti Peringkat PMR UTC Johor 2018, di sini.

Hadir sama, Pengurus UTC Johor, Mohd Saffian Jaafar dan Penolong Pegawai Penerangan, Mohd Nasharuddin Md Shah.

Ruang rehat di PMR UTC Johor boleh digunakan orang ramai yang mempunyai urusan di sini sambil membaca bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia. – Hashim Sha’ri.

Ruang rehat di PMR UTC Johor boleh digunakan orang ramai yang mempunyai urusan di sini sambil membaca bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia. – Hashim Sha’ri.

Menurut Pegawai Khidmat Pelanggan PMR UTC Johor, Hashim Sha’ri, pusat ini sering dikunjungi oleh orang ramai yang mempunyai urusan di Jabatan Imigresen Negeri Johor yang bertentangan dengan Pusat Maklumat Rakyat.

“Sementara menunggu urusan mereka selesai, mereka boleh duduk di ruang rehat PMR UTC Johor sambil membaca pelbagai risalah dan bahan penerbitan berkaitan isu semasa dan kerajaan. Bahan-bahan ini juga boleh dibawa pulang kerana ianya diberikan secara percuma,” katanya.

Seramai 30 orang wakil jabatan dan agensi kerajaan di UTC Johor menerima penyerahan Jalur Gemilang sebagai simbolik pelancaran Kempen KIbar Jalur Gemilang di UTC Johor.

Seramai 30 orang wakil jabatan dan agensi kerajaan di UTC Johor menerima penyerahan Jalur Gemilang sebagai simbolik pelancaran Kempen KIbar Jalur Gemilang di UTC Johor.

Pada masa sama, seramai 30 orang wakil ketua jabatan dari pelbagai agensi di UTC Johor ini telah menerima penyerahan Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2018 dan disarankan agar terus mengibarkan Jalur Gemilang mereka sehingga berakhirnya tempoh kempen pada 16 September nanti.

  • AA/MRR

Tinggalkan komen anda