Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurPutrajayaSelangor

Raptai Pertama Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Lancar

By 27 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & Foto : Edi Rizam Kassim (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 27 Ogos (MalaysiaAktif) –  Deruman enjin pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membelah ruang udara Putrajaya pagi ini telah menarik perhatian orang ramai terutamanya kakitangan awam sekitar Dataran Putrajaya. Itu adalah antara pengisian sambutan Bulan Kebangsaan 2018 bakal berlangsung pada hari Jumaat ini.

Pesawat Tempur TUDM menarik perhatain ramai

Pesawat Tempur TUDM menarik perhatian ramai

Tinjauan wartawan sekitar lokasi raptai mendapati peserta telah memenuhi jalan sepanjang persiaran perdana bermula di persint 4 seawal pukul 7.00 pagi, dan beberapa jalan ke dataran Putrajaya telah ditutup untuk memastikan kelancaran sesi raptai tersebut.

Perserta perbarisan bersedia di sepanjang Persiaran Perdana, Putrajaya

Perserta perbarisan bersedia di sepanjang Persiaran Perdana, Putrajaya

Menurut salah seorang peserta perbarisan Syafiqah Syazwani 16, daripada Sekolah Menengah Telok Paglima Garang, yang ada disini seawal pukul 6.30 pagi bersama rombongan sekolah,  “ini merupakan kali pertama saya menyertai perbarisan sambutan hari kebangsaan dan berasa gembira dan bangga dipilih kerana sebelum ini tidak berpeluang” ujarnya.

Syafiqah Syazwani dan rakan dari kedet remaja sekolah Telok Paglima Garang salah seorang peserta perbarisan

Syafiqah Syazwani dan rakan dari kedet remaja sekolah Telok Paglima Garang salah seorang peserta perbarisan

Manakalah salah seorang vateren tentera TUDM, Sharuddin Abd Manan 58, berkata “ini merupakan tahun ke empat saya menyertai perbarisan ini dan saya masih bersemangat dan

vateren tentera TUDM Sharuddin Abd Manan

Vateren tentera TUDM Sharuddin Abd Manan

kalau boleh akan terus sertai perbarisan ini setiap tahun” beliau merupakan salah seorang peserta daripada 210 orang vateran tentera yang mengambil bahagian dalam perbarisan kawad merdeka.

Sesi raptai penuh tersebut bermula sejak awal pagi hingga tengah hari telah dijayakan pelbagai agensi awam dan swasta  melibatakan seramai 14,806 peserta yang terdiri daripada pasukan beruniform, penjawat awam, swasta, syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dan lain-lain, dan sebanyak 68 aset udara dan 78 aset haiwan iaitu anjing serta kuda terlibat dalam acara sambutan kali ini. Raptai akan diteruskan esok dan raptai penuh akan berlangsung pada 29 Ogos dan kemuncak sambutan akan berlangsung pada 31 Ogos 2018.

 

Pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia ketika melakukan lintas hormat di hadapan kehmah utama

Pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia ketika melakukan lintas hormat di hadapan khemah utama

 

 

 

 

 

Tinggalkan komen anda