Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

“Natrah” Berjaya Pikat Hati Juri

By 28 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan dan Foto Oleh : Fasharina Kholil dan Rasidi Che Sa (Sik)

SIK, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Kumpulan JIWA berjaya mencuri perhatian serta memikat hati juri apabila dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Daerah Sik 2018 yang berlangsung di Dewan Budi Gemilang, Kolej KEDA, di sini baru-baru ini.

Pengarah IKM Sik, Tuan Hj Idris Hj Alias bersama pelakon, jurulatih serta krew JIWA.

Pengarah IKM Sik, Tuan Hj Idris Hj Alias bersama pelakon, jurulatih serta krew JIWA.

JIWA dianggotai oleh pelajar-pelajar daripada IKM Sik, menarik perhatian juri dengan kisah perebutan gadis bernama Natrah atau Maria Bertha Hertogh di antara ibu angkatnya dengan keluarga asalnya yang berketurunan Belanda pernah menggemparkan negara satu masa dulu.

Salah seorang jurulatih JIWA yang juga merupakan pensyarah di IKM Sik, Mohammad Hamsar Abdullah Sani berkata, dia bersyukur dan gembira kerana cubaan kali pertama dalam pertandingan ini membuahkan hasil.

Tambahnya lagi, ini juga merupakan satu pengalaman baru buat mereka.

“Idea untuk memilih Natrah timbul bermula daripada perasaan ingin mencari kelainan dalam penyampaian seni pentas pengisahan. Apabila melihat dan membaca jalan cerita, pada mula telah timbul perasaan jatuh cinta dengan perjalanan kisah yang sebenarnya,” ujarnya lagi.

Dalam ada itu, tambah Hamsar lagi, generasi sekarang tidak pernah melalui pahit getir susah payah utk mendapatkan sesuatu itu terutama dalam mempertahankan hak. Org dahulu walaupun tiada apa tapi pemikiran mereka jauh kehadapan. Niat mereka hanya satu agar anak cucu kelak selesa dalam menjalani kehidupannya. Banyak cerita sejarah yang tidak didendangkan. Walaupun kecil kisahnya, tapi apabila ianya didendangkan semula , sungguh besar pengorbanan dan jasa mereka,” jelasnya lagi.

Selain Hamsar, dua lagi jurulatih JIWA adalah Sandakiah Bakar dan Khirul Ikhwan Abdul Rahman juga merupakan tenaga pengajar di IKM Sik.

Sementara itu, menurut pemegang watak utama Natrah, Siti Nurhazimayati Arisha Mohd Hadzrul, dia merasa terkejut dengan kemenangan ini kerana sewaktu berlakon tidak terdetik rasa untuk menang.

Siti turut berkata sebagai generasi muda dia menyeru agar rakyat Malaysia khususnya rakan-rakan sebaya perlu ambil tahu tentang sejarah yang berlaku dan menghargai pengorbanan pemimpin terdahulu.

Johan pertandingan membawa pulang wang tunai RM300, piala iringan serta sijil penyertaan.

 

1617803e-9d79-4e8a-aa7b-93a75f2d8222

Buskers IKM turut mencuri tumpuan penonton yang hadir.

Tinggalkan komen anda