Skip to main content
Berita TempatanKedah

Sambutan Merdeka 2018 Bagaikan Malaysia Merdeka Kali Kedua

By 28 Ogos 2018Tiada komen1 minit bacaan

Disediakan oleh : Jamil Zainul dan Mohd Hairul Bakar (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan merdeka tahun 2018 boleh diumpamakan seperti Malaysia Merdeka kali ke-2 selepas rakyat memilih Malaysia Baru dan Kedah Baru pada pilihan raya yang lalu.

Suatu ketika dahulu, Malaysia merupakan negara contoh dan berwawasan namun dicalarkan dengan rasuah berleluasa dan tadbir urus yang pincang.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata demikian semasa melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Kedah di Dataran Zero.

WhatsApp Image 2018-08-27 at 8.39.33 AM (3)

Tambah beliau lagi, perubahan hari ini merupakan inspirasi rakyat dalam memastikan kegemilangan terdahulu terus dipacu dijalan yang betul dan hala tuju pentadbiran yang lebih bermakna.

Sementara itu, Syafeeq Ahmad, 34 pengunjung yang hadir mengajak orang ramai untuk mengibarkan jalur gemilang di rumah sepanjang tahun kerana semangat cintakan negara bukan saja perlu ditunjuk pada bulan kemerdekaan tetapi sepanjang tahun.

Penjawat awam, Mohd Fakhzan Nasir pula berkata semangat patriotisma haruslah membara di setiap jiwa rakyat Malaysia dan menghargai pejuang yang membolehkan kita hidup di sebuah negara yang aman hari ini.

Majlis yang turut dihadiri semua ahli mesyuarat kerajaan negeri Kedah turut menyaksikan acara penyerahan Jalur Gemilang kepada ketua jabatan serta melekatkan bendera di 50 buah motorsikal berkuasa tinggi dan konvoi kenderaan pelbagai jabatan agensi kerajaan.

WhatsApp Image 2018-08-27 at 8.39.33 AM (4)

 

Tinggalkan komen anda