Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaWilayah Persekutuan

20,000 Naskhah Semarak Merdeka Bakal Diedarkan

By 27 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PETALING JAYA, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Bersempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia akan mengedarkan Majalah Semarak Merdeka kepada orang ramai dalam memupuk keyakinan dan sokongan rakyat terhadap kepimpinan terbaharu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman menjelaskan sebanyak lebih 20,000 naskah majalah tersebut akan mula diedarkan di seluruh negara melalui Jabatan Penerangan di negeri masing-masing.

“Penerbitan Majalah Semarak Merdeka ini merupakan salah satu daripada bahan-bahan penerbitan jabatan sempena Hari Kebangsaan. Adalah menjadi hasrat JaPen untuk menghasilkan bahan penerbitan berkualiti yang memuatkan aktiviti bertemakan sejarah dan fakta merdeka.

Antara bahan penerbitan yang diterbitkan sempena sambutan Hari Kebangsaan kali ini.

Antara bahan penerbitan yang diterbitkan sempena sambutan Hari Kebangsaan kali ini.

“Penulisan bergenre santai dan berinformasi ini diterbitkan selaras dengan visi JaPen untuk melahirkan masyarakat terhubung dan berinformasi,” ujarnya yang ditemui sempena ‘Majlis Penyerahan Bendera dan Majalah Semarak Merdeka Sempena Anak-Anak Malaysia Walk Anjuran The Star’, di sini siang tadi.

Menurut Ibrahim lagi, adalah menjadi tanggungjawab jabatan untuk sentiasa mengingatkan masyarakat berkaitan perkara yang berlaku dalam negara.

“Majalah ini turut memuatkan kronologi kemerdekaan negara serta penubuhan Malaysia, logo yang diterima hasil sumbangan daripada masyarakat, dan pelbagai informasi menarik untuk bacaan umum.

Ibrahim (lima dari kanan) bersama-sama Anak-anak Merdeka yang akan turut serta dalam program ‘Anak-Anak Malaysia Walk’ 9 September nanti.

Ibrahim (lima dari kanan) bersama-sama Anak-anak Merdeka yang akan turut serta dalam program ‘Anak-Anak Malaysia Walk’ 9 September nanti.

“Selain daripada Semarak Merdeka, terdapat sepuluh lagi bahan penerbitan yang akan diedarkan sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Program ‘Anak-Anak Malaysia Walk’ pada 9 September nanti di Setia Alam, Shah Alam,” tambahnya.

Kesemua bahan penerbitan ini akan diedarkan ke seluruh negeri serta semasa sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti di Dataran Putrajaya dan turut boleh diakses serta dimuat turun di laman sesawang www.penerangan.gov.my.

Sementara itu, JaPen bakal menghimpunkan seramai 20 orang anak-anak yang dilahirkan pada 31 Ogos dan 16 September terutamanya yang lahir pada tahun 1957 dan 1963 dalam program ‘Anak-Anak Malaysia Walk’ kali ini.

-SH

Tinggalkan komen anda