
Laporan/foto: Ramasamy Amas (Jempol)
JEMPOL, 17 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 8 orang anggota Bomba dan Penyelamat Bahau dihantar bagi menyelamatkan insiden kebakaran AmBank Cawangan Bahau yang berlaku pada jam 11.20 pagi, semalam.
Pasukan bomba telah sampai ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan telefon dan berjaya mengawal api daripada terus merebak ke bangunan bersebelahan dalam tempoh masa lebih kurang 15 minit.
Walau bagaimanapun, hampir separuh daripada bangunan bank tersebut mengalami kerosakan teruk dalam kebakaran ini.
Menurut Penyelia Bomba Bahau, Kamarulzaman, pasukan Forensik Bomba dan Penyelamat dari Seremban sedang mengenal pasti punca kebakaran.
Tiada kemalangan jiwa berlaku namun sebanyak 6 buah mesin deposit tunai mengalami kerosakan.
-KN