Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Satu Keluarga Satu Pelatih Pertolongan Cemas

By 17 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 17 Jun (Malaysiaaktif) –  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka komited untuk melatih seramai mungkin masyarakat untuk memahami proses permulihan jika berlakunya kecemaran terutama melibatkan masalah jantung dan paru-paru melalui kaedah Cardiopulmonary Resuscitation (CPR).

Menurut Pegawai Bahagian Operasi dan Latihan APM Daerah Melaka Tengah, Lt (PA) Mohd Kamil Hassan, sempena program Sepakat – Malaysiaku Harapanku Peringkat Daerah Melaka Tengah yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Negeri Melaka, APM telah mengadakan simulasi CPR bagi memberi kefahaman tentang proses pemulihan kepada pesakit.

Pendedahan CPR kepada semua masyarakat amat penting - Lt (PA) Mohd Kamil Hassan.

Pendedahan CPR kepada semua masyarakat amat penting – Lt (PA) Mohd Kamil Hassan.

“Masyarakat harus tahu asas bantuan CPR supaya mereka boleh membantu orang lain terutama ahli keluarga sendiri jika berlaku kecemasan di rumah. Ini amat penting kerana bantuan awal mampu menyelamatkan nyawa.

“Bagi menarik minat orang ramai, kami menggunakan bit lagu ‘baby shark’, dan dengan rentak bit tersebut kita boleh melakukan bantuan CPR dengan mudah.

“Semua aktiviti pembelajaran dikendalikan oleh lapan pelatih bantuan pertolongan cemas yang berpengalaman, dengan bimbingan ini kami berharap masyarakat lebih peka dan dapat bersama membantu dalam menghadapi situasi kecemasan,” ujarnya.

Penduduk tempatan, Taufik Hassan, 36, berkata masih ramai yang tidak faham bagaimana proses CPR hingga boleh mengakibatkan masalah lain kepada pesakit yang mengalami serangan jantung dan sebagainya.

“Dengan adanya simulasi ini baru lah kita faham cara yang betul bagaimana cara mengendalikan mangsa yang menghadapi situasi kecemasan, pendekatan ini harus diperluaskan lagi,” ujar Taufik.

Lt (PA) Mohd Kamil Hassan berdiri tiga dari kanan bersama petugas-petugas APM yang mengendalikan simulasi CPR.

Lt (PA) Mohd Kamil Hassan berdiri tiga dari kanan bersama petugas-petugas APM yang mengendalikan simulasi CPR.

 

-KN

Tinggalkan komen anda