
KUALA LUMPUR, 28 Sept — Ketampakan rendah kurang dari lima kilometer di sekitar perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Rabu.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan Ahad menyatakan keadaan ini berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak dilengkapi alat navigasi kapal.
Keadaan yang sama turut berlaku di perairan Selat Melaka, Tioman, Bunguran, Kuching dan Reef South.
Sementara itu di Phuket, angin barat daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berterusan sehingga Rabu.
Menurut kenyataan itu angin kencang dan laut bergelora adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan.