Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePutrajaya

KMJG19: Gelora Kibaran Jalur Gemilang Tiba Di Pulau Mutiara

By 19 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Idham Ishak/ Nizam Zanil/ JaPen Perlis

BALIK PULAU, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) yang memasuki hari ke-10 pada hari ini bagi membawa misi untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan rakyat untuk mengibar Jalur Gemilang telah pun singgah ke negeri Pulau Pinang.

Konvoi yang bermula dari Hotel Seri Malaysia Kuala Perlis, Perlis ini telah dirasmikan pelepasannya oleh ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling dan menempuh perjalanan dengan jarak sejauh 135 kilometer untuk singgah ke hentian pertama di SMK Pekula Jaya, Tikam Batu, Kedah.

ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling melepaskan konvoi KMJG

ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling melepaskan konvoi KMJG

Persembahan sketsa bertajuk “Si Penggilap Kasut” dari wakil negeri Kedah ke Pertandingan Sketsa Peringkat Kebangsaan juga telah disajikan kepada para hadirin. Seterusnya, konvoi memasuki negeri Pulau Pinang dengan menjadikan SMK Guar Perahu, Permatang Pauh sebagai hentian pertama di negeri ini dan hentian kedua buat hari ini.

Konvoi yang telah disambut oleh para pelajar dan golongan pentadbir sekolah ini juga telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri (2) Pulau Pinang, Prof Dr. Ramasamy A/L Palanisamy. Beliau di dalam ucapannya telah mengajak orang ramai untuk terus mengibar Jalur Gemilang walau di mana anda berada.

Timbalan Ketua Menteri (2) Pulau Pinang, Prof Dr. Ramasamy A/L Palanisamy dab Dr. Haniff bersama tetamu lain mengibarkan Jalur Gemilang

Timbalan Ketua Menteri (2) Pulau Pinang, Prof Dr. Ramasamy A/L Palanisamy dab Dr. Haniff bersama tetamu lain mengibarkan Jalur Gemilang

“Tidak kira di mana anda berada, hiasilah kawasan perumahan, bangunan kerajaan dan swasta serta premis perniagaan dengan bendera Jalur Gemilang untuk menzahirkan semangat cintakan negara,” ujar beliau.

Setelah melalui perjalanan dengan jarak 61 kilometer, konvoi tiba di destinasi terakhir iaitu di SMK Seri Balik Pulau. Majlis sambutan konvoi KMJG dan Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang ini juga menyaksikan Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang, Dr. Hj. Ahmad Zakiyuddin menanam pokok bunga sebagai simbolik perasmian majlis.

Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang, Dr. Hj. Ahmad Zakiyuddin menanam pokok bunga sebagai simbolik perasmian majlis

Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang, Dr. Hj. Ahmad Zakiyuddin menanam pokok bunga sebagai simbolik perasmian majlis

Esok, konvoi KMJG akan meneruskan perjalanannya ke RTC Simpang Empat, Pulau Pinang sebelum ke SMK Serdang Baru, Bandar Baharu, Kedah dan SMK Raja Lope, Tanjung Piandang, Kerian, Perak.

-II-

Tinggalkan komen anda