Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

MyMerdeka 2019 Platform Informasi Kenegaraan

By 19 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamad Zairin Mohamad Zin (Selangor)

SUBANG JAYA, 19 Ogos (MalaysiaAktif) – Jabatan Penerangan Malaysia telah menganjurkan program Pameran MyMerdeka Sayangi Malaysiaku:Malaysia Bersih dan ini merupakan tahun keempat program tersebut diadakan dengan kerjasama Mydin Mohamed Holdings Berhad.

Ahli Parlimen Subang Wong Chen, berkata pendekatan Jabatan Penerangan mengadakan pameran sebegini diharap mampu meningkatkan rasa cinta pada negara serta mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Dengan adanya program sebegini, ia dapat memaparkan aspirasi kerajaan dalam mewujudkan negara yang bertoleransi pada setiap kaum warganegaranya melalui penghayatan secara visual,” katanya ketika merasmikan program tersebut di Mydin Mall USJ, di sini semalam.

Wong Chen (dua dari kiri) ditemani Michelle Ng (tiga dari kiri) mendengar penerangan daripada pempamer sempena program tersebut.

Wong Chen (dua dari kiri) ditemani Michelle Ng (tiga dari kiri) dan Roselindawati (kanan) mendengar penerangan daripada pempamer sempena program tersebut.

Tambah Wong Chen lagi, selaras tema sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini iaitu “Sayangi Malaysiaku:Malaysia Bersih”, masyarakat perlu meraikannya dengan tingkatkan semangat cinta pada negara dan mengukuhkan perpaduan di antara kaum-kaum di negara ini dan memastikan negara ini bersih daripada sebarang unsur yang tidak baik kepada masyarakat mahupun negara.

“Program seperti ini bagus dan perlu diteruskan kerana ini menjadi platform bagi masyarakat mendapatkan maklumat berkaitan kenegaraan dan perkhidmatan lain yang ditawarkan.

“Marilah kita sama-sama kibarkan Jalur Gemilang dan memperkukuhkan semangat cintakan negara demi membina negara yang tercinta ini,” katanya lagi.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze, Pengarah Eksekutif Mydin Ahimmat Mydin dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Roselindawati Abdul Rahman.

-SH

Tinggalkan komen anda