Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMAMelaka

Erti Kemerdekaan dalam Konteks Islam

By 20 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Semangat Malaysia Baharu menjadi titik permulaan kepada penganjuran Program Ceramah Ambang Merdeka dan Jamuan Raya Aidiladha yang diadakan di Masjid Al –Munawarrah Taman Terendak Permai di sini, baru-baru ini.

Ceramah oleh Ustaz Badli Shah Alaudin.

Ceramah oleh Ustaz Badli Shah Alaudin.

Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah, Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Taman Terendak Permai dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Terendak Permai yang telah dihadiri lebih 200 penduduk setempat.

Ucapan oleh Rusnah Aluai.

Ucapan oleh Rusnah Aluai.

Menurut Ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai, inisiatif dan komitmen yang diberikan oleh jawatankuasa yang terlibat dalam penganjuran ini perlu diberikan penghargaan kerana berjaya menyampaikan ilmu pengetahuan yang berguna kepada masyarakat.

“Kerajaan Negeri menyokong segala usaha yang diketengahkan oleh pemimpin masyarakat dalam memberikan ideologi yang bernas kepada penduduk setempat terutamanya dalam soal agama dan harus ditekankan bahawa sesebuah agama tidak boleh dipolitikkan,” ujarnya.

Pengerusi KHM Taman Terendak Permai, Shawal Rasid berkata program ini diharap dapat memberi kesedaran kepada generasi yang ada pada hari ini supaya mengenal erti kemerdekaan yang sebenar dan tanggungjawab sebagai warganegara dalam memelihara keamanan dan kemerdekaan negara tercinta.

Ceramah program ini telah disampaikan oleh Personaliti TV, Ustaz Badli Shah Alaudin dan turut diadakan penyampaian duit raya.

-KN

Tinggalkan komen anda