
Oleh Aimi Huwaina
Di kala keluhanmasih lagi kedengaran di bibir segelintir rakyat yang berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan kadar kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Satu kategori baru diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah RM1000, akan menerima BR1M sebanyak RM1050.
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000.
Bagi isi rumah berpendapatan antata RM3001 hingga RM4000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800.
Bagi kategori individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.
Pemberian bantuan RM1000 untuk Skim Khairat Kematian pula akan diteruskan seperti tahun lalu.