Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: Dua Pertiga Daripada Penduduk Tiga Kawasan PKPD Telah Disaring

By 8 April 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: KKM

PUTRAJAYA, 8 Apr (Malaysiaaktif) – Kementerian Kesihatan (MOH) berjaya melakukan saringan dan ujian terhadapĀ dua pertiga daripada keseluruhan penduduk di tiga kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) untuk COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata tiga kawasan PKPD itu ialah Simpang Renggam, Johor; Hulu Langat, Selangor dan Menara City One di Kuala Lumpur.

Dr Noor Hisham berkata MOH juga dijangka mengambil masaĀ kira-kira 10 hari untuk melakukan saringan ke atas semua penduduk di bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Kuala Lumpur yang dikenakan PKPD berkuat kuasa hari ini.

ā€œKami menganggarkan setiap bangunanĀ mempunyai kira-kira 2,500 penduduk untuk diuji dan disaring, jadi dua bangunan ini terdapat dalam 5,000 penduduk.

ā€œKami sedang melakukan saringan secara aktif dan berharap dalam masa 10 hari (kami boleh) membersihkan kawasan dan mendekontaminasikanĀ serta mensanitasikan kawasan berkenaan,ā€ katanya pada sidang akhbar harian kementerian mengenai COVID-19 di sini hari ini.

Mengulas mengenai perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata setakat ini tiada bukti kukuh yang menunjukkan vaksin Bacillus Calmette-Guerin (BCG) mampu mengelakkan jangkitan COVID-19.

Buat masa ini, kajian untuk mencari vaksin COVID-19 giat dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

ā€œTiada bukti yang kukuh untuk kita katakan bahawa BCG boleh mengelakkan daripada jangkitan COVID-19.

ā€œ(Tetapi) Kita harap dalam tempoh satu atau satu tahun setengah lagi (setelah kajian selesai) kita akan dapat vaksin itu di pasaran,ā€ katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda