Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

207 Pendatang Tanpa Izin Positif COVID-19

By 25 Mei 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 25 Mei (Malaysiaaktif) –Ā Seramai 207 daripada 13,929 pendatang tanpa izin yang ditahan di tiga DepotĀ Tahanan Imigresen di Semenanjung Malaysia didapati positifĀ jangkitan virus COVID-19.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata daripada jumlah itu, 110 daripadanya telahĀ dihantar ke Pusat Kuarantin dan RawatanĀ COVID-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia SerdangĀ (MAEPS) untuk mendapatkan rawatan.

ā€œBaki pendatang yang positif jangkitan ituĀ masih lagi berada di tiga buah DepotĀ Tahanan Imigresen iaitu di Bukit Jalil, KLIAĀ dan Semenyih,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas mengiringi lawatan Menteri Kanan (KlusterĀ Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ke pusat kuarantin berkenaan, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Pada masa yang sama, katanya, seramai 238 pegawai imigresen yang bertugas di tiga depotĀ tahanan terlibat dikenakan perintah kuarantin selama 14 hari dan tugas kawalan diambil alih pegawai imigresen negeri yang berkaitan.

Khairul Dzaimee memaklumkan setakat ini terdapat seramai 14,496 pendatang tanpa izin di depotĀ tahanan negara ini termasuk di Sarawak.

Sementara itu, Ismail Sabri, berkata lawatannya ke pusat kuarantin itu bagi melihat kemampuan tempat berkenaan menampung pesakit COVID-19 jika jumlahnya meningkat.

Beliau berkata pusat itu berkemampuan untuk menampung seramai 600 pesakit dan kerajaan telah pun mengenal pasti beberapa lagi pusat kuarantin lain untuk menempatkan pendatang tanpa izin ini jika bilangan mereka meningkat.

— BERNAMA

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda