Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Kaum Wanita Terima Rawatan Mamogram Percuma Mulai Julai

By 26 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Amirulfarhan Mohd Daud (Kinta)

LAHAT, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 30 orang wanita bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini akan diberikan rawatan mamogram secara percuma bermula Julai ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Perak Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin pemeriksaan kesihatan ini boleh dilakukan di enam buah hospital kerajaan dan empat buah hospital panel.

“Lebih 1,000 orang kaum wanita di sini akan menerima manfaat daripada program ini,” katanya sempena Majlis Pelancaran Program Ujian Subsidi Mamogram dan Pemeriksaan PAP SMEAR Peringkat Mukim Ulu Kinta (Lahat), di sini semalam.

Sementara itu, Penolong Pegawai Daerah Kinta, Amrina Mohd Nor melahirkan rasa syukur kerana program ini dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan untuk menjalani ujian mamogram.

“Program sebegini harus dilaksanakan di seluruh daerah di negeri Perak agar dapat membantu meringankan beban penduduk setempat,” katanya.

Hadir merasmikan majlis ialah Pengerusi LPPKN, Datuk Mohd Nizar Haji Zakaria.

-SH

Tinggalkan komen anda