
Oleh Faris Fuad (Putrajaya)
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Malaysiaaktif) – Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengumumkan beberapa kawasan di Hulu akan mengalami gangguan bekalan air mulai pukul 10 pagi 14 November ini dan akan berakhir pada pukul 10 malam 17 November.
Gangguan air berlaku ekoran kerja penggantian dan pembaikan pam di Loji Pembersihan Air Sungai Langat.
Dengan itu, Syabas memaklumkan penduduk kawasan terbabit supaya menyimpan bekalan air untuk kegunaan tempoh tersebut.
“Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja pembaikan dan penggantian dengan secepat mungkin,” kata Syabas dalam kenyataan rasmi hari ini.
Kawasan yang telibat ialah Taman Kota Cheras, Taman Orkid, Taman Rasa Sayang, Taman Sri Aman, Taman Cheras Mas, Taman Lagenda Mas 1 dan 2, Taman Tun Perak, Taman Tanming Jaya dan Taman Putra Budiman.
Antara lain, termasuk Taman Balakong Jaya, Taman Puncak Utama, Jade Hill, Taman Sri Timah, Taman Sungai Besi Indah 1 dan 2, Taman Harmoni Indah, Taman Bukit Belimbing dan Taman Juara Jaya yang turut terkesan dengan proses baik pulih loji pembersihan itu.
Orang ramai disarankan melayari laman sesawang Syabas, www.syabas.com.my atau menerusi laman rasmi Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’ untuk sebarang persoalan dan maklumat lanjut.