
Oleh Β Mazlin Basir (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 9 Nov (Malaysiaaktif) Β — Satu Bengkel Seni Azan diadakan di Masjid Raudhatul Jannah Senggarang semalam.
Bengkel berasaskan Tarannum itu bermula pada pukul 8.00 pagi dengan disertai seramai 65 orang daripada kalangan imam, bilal, ahli jawatankuasa masjid dan surau dari seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri Senggarang.

Seramai 65 orang daripada kalangan imam, bilal, ahli jawatankuasa masjid dan surau menyertai bengkel.
Bengkel percuma anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Senggarang itu dikelolakan oleh Imam Sharil Mohamad dan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senggarang, Aziz Ismail.