Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sambutan Hari Landskap Peringkat Negeri Johor 2015

By 9 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT,9 Nov (Malaysiaaktif) — Kerajaan Negeri Johor Darul Ta’zim bersama Jabatan Landskap Negeri Johor baru – baru ini menganjurkan Sambutan Hari Landskap Peringkat Negeri Johor 2015.

Bertemakan “Landskap Inspirasi Ketenangan, Keceriaan dan Kesejahteraan Hidup,” majlis yang berlangsung di Taman Botani Johor, Sri Medan itu dirasmikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamaed Khalid Nordin semalam.

Sempena majlis tersebut Mohamed Khalid turut melawat ke tapak pameran plot buluh dan palma, plot riparian, plot arid dan rumput Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pelbagai tarikan  diadakan di majlis ini, termasuk Bengkel Terrarium, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Memancing, Aktiviti Naik Kuda serta gerai jualan okid.

Hari Landskap Peringkat Negeri Johor 2015 berlangsung dari 5 hingga 8 November.

 

Tinggalkan komen anda