Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

“Negaraku Bebas Merdeka” Julang Fatim Juarai Sayembara Puisi

By 29 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Muhammad Azrul Hafiz Mohamad Nazri (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Pelajar Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS Fatim Kamaliah Ariffin, dinobatkan johan Sayembara Puisi Kemerdekaan setelah berjaya memikat hati juri menerusi puisinya “Negaraku Bebas Merdeka”, baru-baru ini.

Menurut Fatim, pertandingan seumpama ini perlu diperluaskan di seluruh negara supaya lebih ramai dan pelbagai lapisan rakyat boleh menggunakan medium ini untuk mengutarakan erti kemerdekaan masing-masing selain menjadi wadah membangkitkan semangat kemerdekaan rakyat Malaysia berbilang kaum.

“Seni penulisan dan penyampaian terhadap kesusasteraan seperti puisi, sajak dan gurindam ini kurang diminati dan dipratiskan golongan muda.

“Oleh itu, kita perlu mengajak anak-anak muda sekarang untuk menghayati dan menyampaikan puisi-puisi serta sajak-sajak yang bermakna dengan menggunakan bahasa yang betul,” katanya.

Pelajar Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS yang menyertai Sayembara Puisi Kemerdekaan, baru-baru ini.

Pelajar Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS yang menyertai Sayembara Puisi Kemerdekaan, baru-baru ini.

Fatim berjaya membawa pulang wang tunai RM200, sijil dan hadiah iringan, manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi Iylia Arina Mohd Azman, 18, dan Muhammad Alif Farhan Sulaiman, 18, dengan masing-masing meraih wang tunai RM150 dan RM100 berserta sijil dan hadiah iringan.

Pertandingan Deklamasi Puisi Kemerdekaan sempena Program Merdeka@Komuniti Parlimen Batu ini menjadi platform menzahirkan semangat patriotik di samping mengetengahkan suara serta pandangan generasi muda melalui pembacaan puisi dan gurindam mengenai erti kemerdekaan.

Seramai sembilan peserta terbaik Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS menyertai pertandingan anjuran Jabatan Penerangan WPKL dengan kerjasama kolej tersebut di Taman Batu Muda, di sini baru-baru ini.

-SH

Tinggalkan komen anda