
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 16 Sep (Malaysiaaktif) –Ā Sebanyak 23 kes baharu COVID-19 direkodkan membabitkan 13 jangkitan dalam negara dan 10 kes import, menjadikan jumlah terkumpulĀ 9,969 kes dengan kes aktif sebanyak 632, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata kesemua jangkitan tempatan itu yang melibatkan 10 rakyat tempatan dan tiga warga asing direkodkanĀ di Sabah termasuk lapan daripada kluster baharu iaitu Kluster Pulau.
Baki lima kes lagi melibatkan empat daripada Kluster Benteng Lahad Datu (LD) yang mana tiga adalah warga asing, sementaraĀ satu kes dikesan menerusi saringan rujukan dari Hospital Semporna ke Hospital Tawau, katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Kes import pula melibatkan mereka yang mendapat jangkitan dari luar negara iaituĀ Filipina (4Ā kes) manakala masing-masing satu kes dariĀ Hungary, Turki, Qatar, Bangladesh, Nigeria dan Maghribi, katanya.
Terdapat enamĀ kes pulih dilaporkan hari iniĀ menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 sebanyak 9,209 kes atau 92.4 peratus daripada jumlah keseluruhan jangkitan.
Tiada kematian baharu direkodkan, menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat pandemik itu kekalĀ 128 kes, katanya.
— BERNAMA